Saturday, 2 November 2013

Seremban 2 Hill Park

Hari ni jogging sikit dekat S2 Hill Park setelah lama berhibernasi. Lokasi GPS lat=2.70596 long=101.88924. Kalau ada Waze atau GPS masukkan je lokasi 101.88924,2.70596. Kawasan ni bersebelahan dengan SJKC Tung Hwa. Kawasan ni agak berbukit dan kereta kena parking dekat bawah bukit. Tabley bawak kereta. Ni view waktu nak start panjat bukit. S2 Hil Park buka antara pukul 6 pagi sampai 9 malam je yo.
 Kawasan dengan kecuraman 7 darjah setinggi 200 meter. Pagi-pagi lagi dah ramai orang berjogging di kawasan ni.
Ni pemandangan dari separuh jalan dari atas bukit. Melihat kerakusan pemaju memusnahkan kawasan hijau demi tempolok individu tertentu. 
 Terdapat juga kawasan perumahan yang baru nak dibangunkan. Harga rumah di Seremban 2 memang tak masuk akal disebabkan spekulator jahanam. Rumah belum siap tapi dah habis terjual. Lepas setahun kawasan perumahan dibuka, banyak je rumah untuk dilelong pemaju hartanah. Harga memang tak mampu milik. Daki bukit ni boleh tahan jugak penat. Tengok budak comel yang termengah-mengah ni.
 Ni pulak pondok guard atas S2 Hill Park. Kawasan ni memang berjaga 24 jam. siap ada pagar berdawai lagi. Tandas pun disediakan. Tapi sendiri mau ingat la rupa tandas awam di Malaysia macamana. Ngerii.
 Dekat atas ni ada macam-macam permainan kanak-kanak. Kadang-kadang mak bapak pun main sama. Macamana la tak rosak. Patut kena cota je orang macam tu. Bega kemain
 Ni antara ahli komiti..
 Gazebo juga disediakan lepas penat bermain. Boleh la bawak bekal. Lepas penat joging, bole la tambah balik kolesterol yang hilang sambil menghirup udara yang tercemar.
 Ni final stage punya bukit. memang curam. Tapi dekat atas ni ada tempat menarik. Boleh view seluruh Seremban 2 dari atas bukit ni. So lets check it out yoo.
 Ni view dari atas puncak palin tinggi di Seremban 2. Ada gazebo dan denai untuk jogging.

 Selain daripada tu ada jugak jalan hutan dekat sini. Tapi nampaknya lebih kepada jalan semak. Perjalanan pun kurang dari 3 minit. Tahap kesukaran 0.5/10. Memang tak mencabar langsung.

 Ada jugak permainan flying fox.
 Taman mini dinasor pun ada. Mungkin pupus disebabkan pemaju yang rakus merobek hutan hijau disekitar S2.
Turun dari bukit pukul 10 pagi sebab dah mula panas dekat atas bukit ni. 

Jalan-jalan sekitar Eindhoven dan Amsterdam

Training ni last year punya training tapi baru la ni sempat nak uplod. Training di Eindhoven lebih kurang 45 minit dari Schiphol Airport naik keretapi laju. Ni kali kedua training di tempat yang sama. Jadi takda la kekok sangat bila sampai sana. Tak macam first time sampai dulu. Kali ni training ada team dari USM dan UKM. Ada member nak jalan-jalan lepas training nanti. Team USM naik MAS manakala team aku dengan UKM naik KLM. Naik KLM murah sikit dan flight dia selesa sikit sebab kapal terbang dia Airbus. MAS guna Boeing. Sempit sikit kabin dia. Berlepas dari KLIA pukul 11.30 pm hari Sabtu dan sampai Schiphol pukul 530 pagi Ahad. Masa perjalanan lebih kurang 12 jam. Memang azab dalam flight. Tak sabar nak landing. Cuaca bulan November dekat Holland memang sejukk. Menggigit tulang. Suhu siang lebih kurang 14 darjah celsius. Kalau malam boleh cecah 4 darjah celcius. Setakat baju tiga lapis memang boleh tembus. Ini sedikit view dkt Schiphol Airport. Ni Tempat wajib bergambar. Enjin kapal terbang KLM. 


Airport ni tak la sebesar and secanggih KLIA. Kecik ja. Tapi sibuk bukan main sebab hub interchange antara European city. Ada bermacam-macam manusia dekat sini. Dari traveller sampai le ke penyeluk saku. Jadi kena jaga barang-barang berharga.


Awal-awal lagi beli tiket keretapi takut nanti rush hour ramai orang. Kaunter tiket keretapi ada dalam Terminal kapal terbang, so takyah nak keluar terminal. Pagi-pagi breakfast dulu dekat HEMA. HEMA ni macam seven eleven. Ada jual makanan yang halal dan harom. Pilih aja mana yang berkenan. Sini banyak barangan bajet dari makanan sampai la ke pakaian. Kalau bajet travel ciput, singgah-singgah le HEMA dengan Albert Heijn. Dua-dua kedai ni jual barang memang murah. Ni kedai HEMA dalam lapangan terbang. 


Kitorang naik keretapi pukul 930 pagi sebab malas nak keluar awal. Cuaca dekat luar memang melampau sejuk. Dalam airport panas sikit. Hentian pertama adalah Amsterdam Central. memandangkan hari ni hari Ahad, kedai buka pukul 12.00 pm. Pagi-pagi dorang gi gereja dulu. Keluar je dari train station, kitorang disambut angin sejuk beku yang bertiup kencang.  Pergh memang giegil. Tapi kontrol macho, terus snap gambar dulu. Ni train station Amsterdam Centraal. Nampak macam gereja lama.



Sasaran adalah untuk berjalan sampai penat sebab hari seterusnya penuh dengan training. Kalau hari biasa kedai akan buka pukul 10 pagi sampai 6 petang saja. Hari Ahad pukul 12 sampai 6 petang. Dorang memang punctual. Tak akan keja lebih atau kurang dari waktu yang ditetapkan. Ini dah ditetapkan oleh kesatuan sekerja dorang. Wau, hebat. Kalau kesatuan sekerja di Malaysia sekuat ni kan bagus. Etika kerja tu penting. Sepanjang jalan ada pelbagai kedai cenderahati. Tapi jangan gelojoh sangat nak beli sebab kalau pandai cari kedai, boleh dapat harga yang super duper murah. kalau nak beli cenderahati, boleh beli dekat tulip market. Dekat area ni jugak ada bot-bot. Boleh sightseing naik bot atau naik je bas pelancong. Dorang akan bawak sekitar bandaraya Amsterdam. Ganja juga dijual secara berleluasa dekat sini sebab halal di Holland. Jangan cuba naa. Nanti mulut busuk.


Jalan je sampai penghujung jalan, akan sampai ke Madame Tussad muzium dan istana raja Belanda. Dekat sini wajib bergambar sebagai bukti dah sampai Amsterdam. Sebelah kiri bangunan Madame Tussad tu banyak kedai cenderahati dan kawasan red light manakala antara bangunan Madame Tussad dan bangunan yang ada atap macam tudung saji tu ada banyak kedai-kedai yang jual barang-barang standard tapi masih murah berbanding dekat Malaysia. Jalan je terus, kitorang sampai ke tulip market.

Ni adalah tulip market sebelah pagi Ahad. tak ramai orang sebab dorang pergi gereja dan biasanya sesak waktu malam. Nak beli bunga, fridge magnet dan cheese boleh beli dekat sini sebab murah. Tapi tak semua bunga ni boleh tanam dekat Malaysia. So hati-hati memilih bunga. Bunga yang boleh tanam dekat Malaysia Ameryllis sajo yo. Tulip dan yang lain-lain tableh hidup melainkan anda tanam dekat kemeren highland.



Ni le hasil sebahagian daripada jalan-jalan sehari suntuk di Amsterdam. Punya la penat berjalan sampai kena heret kaki. By the time habis jalan-jalan, jam pun dah pukul 4 petang. Terus ambil keretapi ke Eindhoven pulak. Esok nak training, so kena check in awal dan rehat-rehat dulu.   

Kitorang sewa apartment betul-betul sebelah stesen keretapi Eindhoven. Semuanya lengkap, fridge, dapur malah makanan satu peti ais dorang sediakan. Ni le view dari atas apartment. Pukul 8 malam pun masih terang benderang. So kalau nak tidor kena tutup langsir. Kalau idak, terkebil-kebil nak lelap.


Ni pulak view ruang tamu kitorang. Kongsi dengan penghuni lain. Semua dah lengkap, malangnya heater tak berfungsi. Setiap hari kitorang akan berkumpul dekat ruang tamu dan on portable heater. Kalau tidur dalam bilik, boleh beku otak. 


Hari seterusnya penuh dengan training. Dekat sini Mercedes dorang buat teksi ja. Hari-hari naik C Class gi kelas. Training start 8 pagi sampai 5 petang. By the time training habis, tak sempat nak window sopping sekitar Eindhoven. Ni le rupa bilik kuliah dan bilik latihan. 


Setelah seminggu training, bergerak ke Amsterdam balik sebab lupa nak bergambar dekat sini. Kalau jalan kaki dari Amsterdam Centraal ke sini lebih kurang 20 min. Memang penat tapi tak terasa sebab cuaca sejuk melampau. Tangan pun naik kebas.


Lepas tu terus gerak ke Schiphol sebab takut terlepas flight. Lepas checkin, terus ronda-ronda dalam airport. Minyak wangi dalam airport lebih murah berbanding dekat luar sebab duti free. Tapi dekat area berlepas le.  Tak macam dekat Malaysia, kedai duti free tapi harga tak serupa bikin. Tengah ronda-ronda ternampak kereta James Bond tengah display. Apa lagi snap dulu sebelum ciaoo.