Wednesday 14 August 2013

Jalan-jalan di Tawau, Sabah

Sempena raya, nak share sikit experience beraya di Tawau, Sabah. Terdapat beberapa tempat yang aku selalu lawat di Tawau memandangkan Sabah terkenal dengan hasil laut. Tempat pertama yang wajibul lawat adalah pasar Tamu Takada. Pasar Takada adalah pasar minggu di Tawau. GPS lat = 4.25216, long= 117.89756. kalau nak masuk kan gps koordinat ni dalam Waze, taip aje dekat search 117.8975,4.25216. Accuracy 26 meter. Pasar ni terletak betul-betul depan deretan kedai dekat simpang empat antara jalan Kuhara dan Jalan Apas. Hanya buka pada hari Ahad pukul  6 am sampai pukul 11am. Pukul 6 dekat Sabah serupa pukul 7 dekat Semenanjung bah. Dah terang benderang. Banyak barang dijual disini termasuk ayam kampung hidup sampai la ke hasil laut. Ini sedikit sedutan dari hasil lawatan.

Kebetulan waktu datang musim buah, memang berlambak orang jual buah. Nak tak nak je beli. Tanya sama wallet je..
 Anak pokok pun ada jual. Macam macam jenis anak pokok ada. Dekat belah kiri tu sebenornya ada orang jual anjing dalam sangkar. Mana dorang kutip pun tatau le.

Ni pulak orang jual kerang-kerangan. Ndak mahal bah, sekilo RM3 je. tapi berat cengkerang je la. Sekilo beli, dapatla sepiring isinya. Makcik ni pon ada jual isi tiram. Yang belakang macam buah sukun tu adalah buah terap. Isinya putih dan wangi macam cempedak. tak pernah jumpa dekat semenanjung. Harga tak mahal bergantung pada saiz. Paling mahal RM5 sebiji dan paling murah RM2.Yang mahal selalunya isi dia besar-besar berbanding yang murah.

 Next pit stop adalah pasar ikan Tawau dekat jalan pelabuhan. GPS coordinates lat= 4.24247, Long= 117.88486.  Bandar tawau memang femes dengan bandar ikan. Jadi rugi kalau tak gi pasar ikan dia. Ikan semua murah-murah n fresh beb. Ikan kembung dalam RM3 sekilo, Ikan merah RM12, ikan sardin RM 3. Kalau aku tinggal sini memang tip-top perut aku. Ngalahkan kucing. Ni ler rupanya pasar tu. Pasar ni betul-betul mengadap laut. Belakang pasar ni tempat kapal mendaratkan ikan. Dari bot, terus ke pasar.

 Ni ikan feveret aku setiap kali gi pasar ikan Tawau. Yellow fin tuna hanya RM12 sekilo. Memang makan tak habis.

 Ni pulakbahagian ikan-ikan bersaiz mega. Bapak ikan merah hanya RM 12 per kg. Very cheap. Lobster RM45 3 ekor. Tapi tak sempat nak beli. Time pusing balik dah ada orang beli.. kempunan
Hentian seterusnya Pasar Tanjung Tawau. Pasar ni terletak depan pasar ikan tadi. Ada macam-macam dijual disini, ikan kering, sotong kering, ikan bilis kering dan wallet pun dah nak kering. Kalau kena musimnya, memang boleh dapat murah. Itu dekat tingkat satu. Kalau ground floor orang jual sayur bah. Memang murah-murah.



 Sedikit view pasar sayur dari pintu masuk belakang.
 Ni pulak tingkat satu. Banyak orang jual seafood kering. Kena pandai nego sampai letgo. Jangan sampai tipah tertipu sebab setiap kedai lain-lain harga bergantung pada skill nego dan kualiti ikan. Ada ikan yang dah lama di jemur balik. Kena usya setiap kedai.
 Seaweed pun ada. Murah-murah, RM 10-20 per kilo bergantung pada jenis seaweed. Untuk peringatan, kolagen dalam seaweed terlalu sedikit dan tak memberi kesan yang dikehendaki. Banyak beta carragenan je. sekarang kan seaweed fever. Kalau makcik-makcik yang nak kelihatan mantap dengan makan seaweed, lupokan jo la..muahaha. 

 Pasar sayur ni besau, sampai kebas kaki jalan.
 Macam-macam ado.
Dekat ground floor bahagian main entrance ada orang jual jajan. Kuih cincin, gajus dan lain-lain. Boleh mintak makcik yang jual bungkus dalam kotak. Free of charge. Banyak lagi tempat menarik dkt tawau tapi tak sempat nak ronda. Next time yall