Minggu lepas aku terpilih untuk mengikuti kursus Program Transformasi Minda di Kampung Gajah, Perak selepas dua tahun main tarik tali dengan pihak pengurusan. Apa yang nak di transform pun taktau le. Kursus ni selama lima hari. Pusat Latihan Kampung gajah terletak dekat GPS kooordinat lat=4.2483 long=101.03558. Taip je dalam Waze atau GPS anda. Jalan nak kesana memang horror terutama sekali kalau pergi waktu malam sebab lampu jalan kejap ada, kejap takde. Dari tol ke tempat pusat latihan adalah dalam 40 minit. Tempat ni memang banyak kawasan lombong tinggal dan memang sesuai bagi kaki pancing. Lepas kursus leh la gi pancing. Malangnya kursus kali ni start 815 pagi sampai 1045 malam. memang takde can nak keluar.
Untuk dijadikan cerita, sehari sebelum kursus aku kena batu karang. Operate hari Sabtu, Ahad checkout pukul 5 dan terus drive ke Kampung Gajah. Dari Seremban adalah dalam 3.5 jam termasuk berhenti rehat dan sembahyang di RnR. Sampai je taklimat dah bermula. Memandangkan aku masih cedera sebab operation, aku asalnya nak ditempatkan dibilik OKU. Tapi last minit, tukar kebilik penceramah. terima kasih pihak pengurusan. Servis memang tiptop and pantas. Ni le rupa bilik aku. Macam hotel. Alang-alang dah ada dua katil, aku ajak member satu Dr Haseri untuk join sekali. mana la tau aku perlukan bantuan tengah-tengah malam.
Hari pertama kursus banyak pasal suai kenal and team building. Aku dapat sekumpulan yang agak understanding. Aku tak dapat nak join kebanyakan aktiviti memandangkan uzur. Walaubagaimanapun kumpulan ni memang happening. Kumpulan kami diberi nama The Fivers. First day buat gol dari kertas surat khabar lama dan boleh menampung berat 4 rim kertas A4. berikut adalah hasil dari kumpulan Fivers dan kumpulan lain.
Kemudian kena buat presentation pasal group pulak. Misi, visi, logo dan pelbagai. Ini adalah ahli-bersekutu.
Logo kumpulan kami macam gabungan lambang Georgian dengan Honda. Terbaik
Lepas presentation ada minum malam pulak. Habis pukul 1045 terus ke dewan makan. Lupa nak citer, makan dekat sini 6 kali sehari. memang mantop. Minum pagi, breakfast, lunch, minum petang, dinner, minum malam. Macam menternak pulak.
Masuk hari seterusnya, banyak ceramah yang serius dan memerlukan konsentrasi maksimum. Sebelah malam santai sikit sebab latihan dalam kumpulan. Ni LDK pasal kreativiti dan kerjasama menghasilkan kereta F1 dari bahan yang disediakan. Memang mencabar minda.
Setiap pagi kena turun bersenam. Kedatangan diambil yo. Walaupun injured, kena turun jugak. Turun pukul 645 habis pukul 715. Lepas bersenam boleh terus minum pagi, mandi dan terus ke dewan kuliah. Ni angle aku ambil dari belakang. View menarik.
Ni pulak angle dari dewan makan. memang besar, berhawa dingin. Makanan pun boleh tahan. Ala buffet
Hari terakhir ada sukaneka. Kumpulan yang menang akan dapat hamper. Basically semua kumpulan dapat hamper. setiap kumpulan kena come out dengan aktiviti sukaneka masing-masing yang akan digunapakai pada hari kejadian. Kalau tengok dekat belakang tu, ada beberapa batang pokok buah tunjuk langit.
Pada sebelah pagi hari terakhir ada kuliah. lepas sembahyang jumaat terus exam. Masa diberi 30 minit, tapi 10 minit semua dah keluar. Maklumla semau hebat-hebat belaka. huhu. Tak sempat nak jumpa semua memandangkan semua ahli kumpulan terus zass kedestinasi masing-masing nak mengelakkan trafik jam. Selamat berjaya semua naa.