Monday, 29 October 2012

Konferensi ICNACS di Hotel Istana

 Ni waktu konferensi ICNACS di Hotel Istana. Nama je Hotel Istana, tapi tak le berapa cantik sangat luar dan dalam. Biasa-biasa je. Cuma harga dia memang bombastik. Mahal giler. Ni chandelier dalam main hall. Breakfast hotel tak la sedap sangat. biasa-biasa je. Tak sesedap breakfast dkt Crowne Hotel.  Aku kasi rating breakfast 4/10.
 Ni dinner time. Semua muka nampak ceria. Expectation, memang tinggi, tapi outcome tak berapa menarik. Dinner tak berapa best dan menyelerakan. Rating 4/10. nasib baik menang cabutan bertuah.
 Ada persembahan tarian tradisional. Tak ingat ni budak sekolah perform ke penari kebudayaan.
 Nasi beriyani dan menu-menu yang ada.

Ni katil bilik. Karpet bilik agak berbau kepam, air dilantai bilik air bertakung. Aku memang geli sikit kalau ada air bertakung ni. Tv pun masih guna TV CRT 30inci. Haha. ingatkan TV ni dah pupus. Sekuriti di memang biadap nak mampus. memang dari segi hospitaliti aku kasi 2/10. Overal 3/10. aku pun tak tau macamana kerajaan boleh kasi rating hotel ni 4 bintang. kalau aku, kasi taik bintang je. Anyway, event berjalan dengan bagus. Bravo

Prof Fauziah son's wedding

 Ni wedding anak lelaki ex-supervisor buat dkt Bangi Golf Resort. Memang best. Lepas habis majlis tak payah nak pikir kemas rumah dan sebagainya. Yang penting ada bajet.


Komiti makan. Muka-muka familiar.

Dinner bengkel calcium signalling

 Ni gambar dinner kalsium signalling di IMMB Sungai Buloh. Restoran ni penama ntah. Pondok pun bawah pokok rambutan aje. Janji ada makan-makan free. Ikan masak tiga rasa dia memang kelasss.
 Menu-menu yang lain tak kurang hebatnya. Feveret aku prawn butter tu. Memang sodap.
Komiti makan time. Semua tersengih gumbira. Makanan agak sedap. Tomyam dia memang best. Environment kurang sikit sebab ada dua tiga ekor kucing liar dok gesel kaki. Total 5/10 bintang.

Makan-makan di Bagan Lalang

 Ni adalah edisi jalan-jalan cari makan tak rasmi. Disebabkan banyak sgt komen dari bloggers yang lain mengatakan restoran ni sedap bangat mengalahkan restoran cef wan, maka aku pun nak test kesedapan masakan restoran yang terletak di bagan lalang ni. Nama restoran senandung malam, terletak sebelah lot kosong belakang hotel Seri Malaysia. View memang best, mengadap laut bakau. Sampai je bagan lalang, terus order dulu. Takut nanti ramai orang. Almaklumlah hujung minggu,gaji pun baru masyuk. Order ikan bakar, ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam, dan satu lagi aku lupa, tapi bentuk dia panjang-panjang. Sementara menunggu order, gi laut dulu kasi layan sikit. Time sampai, laut tengah nak pasang. Air tak berapa bersih. Berlumpur. Lagi satu pantai bagan lalang ni banyak sampah. Majlis Perbandaran tak prihatin kot. hmm.

 Ni le rupa pantai bagan lalang. Aku amik part yang bersih je. Belakang aku tu berlambak sampah hanyut. Separuh pantai berpasir, separuh lagi berlumpur.
 Yezzaa. Teknik mengambil gambar yang tah hape2.
 Ni gambar konco-konco yang terlibat. Sebelum makan kita say ciss..

 Lepas mandi-manda perut pun dah lapar. terus ke restoran. Tunggu punya tunggu, makanan tak sampai. Ghopenya makanan dah hantar salah meja dan depa dah bedal 10% daripada menu. Terbaekk.. jadi kena tunggu lagi 30 minit sementara cef masak lagi. Sebelum makan snap gambar dulu sebagai bukti.
Ni operasi makan sambil mengomel. Makanan tak lah berapa sedap seperti yang diwar-warkan di blogspot yang lain. Mungkin deria rasa depa tak sama tune dengan aku. Tomyam dia memang super duper tak best (tak rekemen langsung). Ikan 3 rasa dah tak berapa fresh sebab dah boleh rasa macam ikan nak busuk. mungkin aku order awal sangat, jadi depa guna ikan stok semalam yang tak habis. Ikan bakar dia pun biasa aja. Takde yang spesial. Semua sekali RM160. Memang tak berbaloi sebab memang tak sedap. aku bagi 2/10 bintang. Yang menarik hanya pemandangan dia je. Renung-renungkan.

Sunday, 30 September 2012

Modul UiTM

 Bulan ni penuh dengan modul semua part. Semuanya hari sabtu atau ahad. memang mencabar buat hujung minggu. Semunya berjalan lancar... best of luck



















Wednesday, 18 July 2012

NoGaps dinner

Hari ni dalam kelam kelibut mengajar sectioning ter' stumble upon'  pelajar tengah adakan program NoGaps dan secara spontan mereka ajak untuk gi dinner malam ni dan aku dengan spontan jawab ok. haha. Malam ni banzai sebelum puasa. NoGaps adalah aktiviti pelajar farmasi dengan persatuan pelajar farmasi yang lain dari segala ceruk dunia. Ada macam-macam aktiviti yall. panjat bukit, menyanyi, memasak dan segala bagai. takde kaitan dengan ubat pong. So, malam ni closing. Gi sana lupa nak pakai kasut. pakai selipar je. terbaekk. Ni serba sedikit gambar yang sempat diambil di SPK clubhouse yang terletak depan dengan UiTM Puncak Perdana.

 Ada persembahan nyanyian. Boleh tahan. Ada bakat berendam. Ni gambar ambil dari platfom atas. Agak jauh sikit dari pentas yang ada dekat tengah kolam. tu yang kabur sikit.


Ni le swimming pool nye. Malam tak bape nampak. Nak berenang kalo, kena jadi ahli club. Yuran tak mahal dalam beberapa ribu RM je setahun. Murah betul. Kalau nak murah lagi, ada kolam sebelah UiTM puncak perdana yang tepi jalan tu.. haa..yang tu percuma.


Ni team VIP sebelom makan. Kok ngak habis lamb chopnya sebab mentah. Tapi overal, ok la. Not bad. Yang bestnya dia serve spageti dulu and kuah kacang. Ingatkan makan spageti dgn kuah kacang..melayu konon. dok tengah makan spageti kuah kacang dorang hantar sate dengan kuah spageti. Haha..padan muka aku. Gelojoh sangat. Gambar makanan tak amik. Pantang orang tua-tua.



 Dok asik tengok persembahan, ternampak student FYP aku. Pepehal snap gambar dulu. Malam diakhiri dengan lagu firework. Siap bakar mercun lagi. Bravo kepada team yang menganjurkan. Perut dah kenyang, mata dah ngantuk..apa lagi..ciaoo
Sebelum berangkat pulang, kita bergambar dulu sebagai bukti kehadiran. say cisss








 

Tuesday, 10 July 2012

Training the Oranje

Hari ni memang terbaek.dapat surat kelulusan training ke Holland..wuhuu. tapi belek punya belek surat tu, ghopenya dia bagi RM4k je untuk seminggu termasuk flight, hotel, makan, teksi dan bla-bla..mana cukup beb. Sana guna Euro bukan Rupiah atau Bath. Kalau nak aku tido bawah jambatan dan makan rumput dkt Holland boleh la. Tapi aku bukan ruminan atau Hobo. Apa dah.. terpaksa lak aku topup lagi around RM2k. Aku gi training untuk syarikat, bukan untuk makan angin (hangin ni). Tapi kena pakai duit sendiri plak. Hari ni jugak aku hantar surat kensel training. Biar hangus duit registration RM12k tu..haha.. Daripada topup RM2k baik aku pakai duit tu gi shopping dan menge'best' kan diri sendiri. Adios

Saturday, 7 July 2012

Floria Putrajaya






Hari agak bosan sket..so ingat nak gi Putrajaya tengok pesta floria dkt seksyen 2 Putrajaya. Pesta ni dekat area masjid sultan Mizan atau masjid besi berdekatan dengan pejabat pendaftaran negara. Jalan ke Putrajaya hari ni tak bape sesak. Parking pun berlambak. sampai je terus snap gambar bunga dulu..sikit punya banyak macam dekat Holand.. cuma dkt sini panas bangat. ada macam-macam pameran gubahan bunga. ini adalah antara bunga-bungaan yang sempat disnap..

Ada jugak jualan pokok buah-buahan..sekali nampak anak pokok ciku mega.. buah nya boleh sampai 500g sebiji..wow. apa lagi, terus angkat le..nego2 dapat la satu anak pokok 60 hinggit. Jalan2 lagi jumpa satu kedai apek ni jual 30 hinggit je..hampeh tul mamat tadi tuh kencing gua..takpe la.dah bukan rezeki aku. cuma nak nasihat kalau gi sana jangan terus beli pokok yang berkenan.. usya-usya tempat lain dulu yall. rugi kendian hari tiada guna. Aku angkat satu lagi pokok ciku mega dengan apek tu dan beberapa pokok lain..

Setelah ronda-ronda lebih kurang 2 jam masa untuk balik..kaki pun dah nak terkehel..zass

Friday, 6 July 2012

White coat part 2

Rupanya ada paparazi sempat snap gambar aku sebelum ceremony..Yang berdua ni macam kembar lain ibu. Ni waktu lecturer tunggu student. Sudah terbalik la, selalu student tunggu lecturer..nasib baik ceremony cepat habis. Sempoi

White Coat ceremony

White coat ceremony Fakulti Farmasi untuk student final year...good luck yalll. Lepas ceremony ada makan2.. tapi tak sempat nak amik gambar sebab lapor gila punya pasal..pergh..nasi ayam beb..terbaik

Thursday, 5 July 2012

Hari ni gi seminar presentation dkt ABI. Seminar pasal pokok. satu hapah pun tak faham. Tapi pasal gantikan org dan nama ada dlm poster, aku g jela. Yang datang kebanyakannya otai2 belaka. Tak ghoti den nak bercampur dengan Professor2x semua ni. Jadi, layan view lagi bagus. ABI ni bangunan baru siap. Besau and cantik. Bangunan dlm MARDI tapi pentadbiran bawah MOSTI. Pelik tul.. Ni la rupa bangunan ABI dari luar..nampak canggih dan berangin..gambar kureng sikit pasal guna henpon murah..huhu

Yang ni pulak ruang dalaman..area receptionist. besar macam dkt hotel Tong Fong. Agak2 bape juta la perabih buat semua ni. Siap ada tangga putar-putar. Tapi kebanyakan staf ABI naik lif..emm
Landscape buleh tahan..siap ada air terjun. Sejuk mata memandang.. tengah dok layan air terjun..rasa nak terkucil. sampai tandas rupanya takde air sebab bangunan masih baru..masalah betul. takan nak basuh guna air terjun kot..

Ni pulak sesi pembentangan.. dalam dewan dah penuh, buat luar dewan. Tak bape nak dengar sebab base speaker terlebih kuat.. mcm dalam dewan konsert pulak. Brader belah kanan tu dah lentok layan blues

aa..ni bahan bukti poster aku ada disana. Thanks Dr Ib. Nak harap saya buat poster, tahun depan la jawabnya siap. hehe. Tamatlah sudah plant seminar hari ni..sijil pun dah dapat..masa untuk cabut ke kampus..zass