Wednesday 18 July 2012

NoGaps dinner

Hari ni dalam kelam kelibut mengajar sectioning ter' stumble upon'  pelajar tengah adakan program NoGaps dan secara spontan mereka ajak untuk gi dinner malam ni dan aku dengan spontan jawab ok. haha. Malam ni banzai sebelum puasa. NoGaps adalah aktiviti pelajar farmasi dengan persatuan pelajar farmasi yang lain dari segala ceruk dunia. Ada macam-macam aktiviti yall. panjat bukit, menyanyi, memasak dan segala bagai. takde kaitan dengan ubat pong. So, malam ni closing. Gi sana lupa nak pakai kasut. pakai selipar je. terbaekk. Ni serba sedikit gambar yang sempat diambil di SPK clubhouse yang terletak depan dengan UiTM Puncak Perdana.

 Ada persembahan nyanyian. Boleh tahan. Ada bakat berendam. Ni gambar ambil dari platfom atas. Agak jauh sikit dari pentas yang ada dekat tengah kolam. tu yang kabur sikit.


Ni le swimming pool nye. Malam tak bape nampak. Nak berenang kalo, kena jadi ahli club. Yuran tak mahal dalam beberapa ribu RM je setahun. Murah betul. Kalau nak murah lagi, ada kolam sebelah UiTM puncak perdana yang tepi jalan tu.. haa..yang tu percuma.


Ni team VIP sebelom makan. Kok ngak habis lamb chopnya sebab mentah. Tapi overal, ok la. Not bad. Yang bestnya dia serve spageti dulu and kuah kacang. Ingatkan makan spageti dgn kuah kacang..melayu konon. dok tengah makan spageti kuah kacang dorang hantar sate dengan kuah spageti. Haha..padan muka aku. Gelojoh sangat. Gambar makanan tak amik. Pantang orang tua-tua.



 Dok asik tengok persembahan, ternampak student FYP aku. Pepehal snap gambar dulu. Malam diakhiri dengan lagu firework. Siap bakar mercun lagi. Bravo kepada team yang menganjurkan. Perut dah kenyang, mata dah ngantuk..apa lagi..ciaoo
Sebelum berangkat pulang, kita bergambar dulu sebagai bukti kehadiran. say cisss








 

No comments:

Post a Comment