Wednesday 18 July 2012

NoGaps dinner

Hari ni dalam kelam kelibut mengajar sectioning ter' stumble upon'  pelajar tengah adakan program NoGaps dan secara spontan mereka ajak untuk gi dinner malam ni dan aku dengan spontan jawab ok. haha. Malam ni banzai sebelum puasa. NoGaps adalah aktiviti pelajar farmasi dengan persatuan pelajar farmasi yang lain dari segala ceruk dunia. Ada macam-macam aktiviti yall. panjat bukit, menyanyi, memasak dan segala bagai. takde kaitan dengan ubat pong. So, malam ni closing. Gi sana lupa nak pakai kasut. pakai selipar je. terbaekk. Ni serba sedikit gambar yang sempat diambil di SPK clubhouse yang terletak depan dengan UiTM Puncak Perdana.

 Ada persembahan nyanyian. Boleh tahan. Ada bakat berendam. Ni gambar ambil dari platfom atas. Agak jauh sikit dari pentas yang ada dekat tengah kolam. tu yang kabur sikit.


Ni le swimming pool nye. Malam tak bape nampak. Nak berenang kalo, kena jadi ahli club. Yuran tak mahal dalam beberapa ribu RM je setahun. Murah betul. Kalau nak murah lagi, ada kolam sebelah UiTM puncak perdana yang tepi jalan tu.. haa..yang tu percuma.


Ni team VIP sebelom makan. Kok ngak habis lamb chopnya sebab mentah. Tapi overal, ok la. Not bad. Yang bestnya dia serve spageti dulu and kuah kacang. Ingatkan makan spageti dgn kuah kacang..melayu konon. dok tengah makan spageti kuah kacang dorang hantar sate dengan kuah spageti. Haha..padan muka aku. Gelojoh sangat. Gambar makanan tak amik. Pantang orang tua-tua.



 Dok asik tengok persembahan, ternampak student FYP aku. Pepehal snap gambar dulu. Malam diakhiri dengan lagu firework. Siap bakar mercun lagi. Bravo kepada team yang menganjurkan. Perut dah kenyang, mata dah ngantuk..apa lagi..ciaoo
Sebelum berangkat pulang, kita bergambar dulu sebagai bukti kehadiran. say cisss








 

Tuesday 10 July 2012

Training the Oranje

Hari ni memang terbaek.dapat surat kelulusan training ke Holland..wuhuu. tapi belek punya belek surat tu, ghopenya dia bagi RM4k je untuk seminggu termasuk flight, hotel, makan, teksi dan bla-bla..mana cukup beb. Sana guna Euro bukan Rupiah atau Bath. Kalau nak aku tido bawah jambatan dan makan rumput dkt Holland boleh la. Tapi aku bukan ruminan atau Hobo. Apa dah.. terpaksa lak aku topup lagi around RM2k. Aku gi training untuk syarikat, bukan untuk makan angin (hangin ni). Tapi kena pakai duit sendiri plak. Hari ni jugak aku hantar surat kensel training. Biar hangus duit registration RM12k tu..haha.. Daripada topup RM2k baik aku pakai duit tu gi shopping dan menge'best' kan diri sendiri. Adios

Saturday 7 July 2012

Floria Putrajaya






Hari agak bosan sket..so ingat nak gi Putrajaya tengok pesta floria dkt seksyen 2 Putrajaya. Pesta ni dekat area masjid sultan Mizan atau masjid besi berdekatan dengan pejabat pendaftaran negara. Jalan ke Putrajaya hari ni tak bape sesak. Parking pun berlambak. sampai je terus snap gambar bunga dulu..sikit punya banyak macam dekat Holand.. cuma dkt sini panas bangat. ada macam-macam pameran gubahan bunga. ini adalah antara bunga-bungaan yang sempat disnap..

Ada jugak jualan pokok buah-buahan..sekali nampak anak pokok ciku mega.. buah nya boleh sampai 500g sebiji..wow. apa lagi, terus angkat le..nego2 dapat la satu anak pokok 60 hinggit. Jalan2 lagi jumpa satu kedai apek ni jual 30 hinggit je..hampeh tul mamat tadi tuh kencing gua..takpe la.dah bukan rezeki aku. cuma nak nasihat kalau gi sana jangan terus beli pokok yang berkenan.. usya-usya tempat lain dulu yall. rugi kendian hari tiada guna. Aku angkat satu lagi pokok ciku mega dengan apek tu dan beberapa pokok lain..

Setelah ronda-ronda lebih kurang 2 jam masa untuk balik..kaki pun dah nak terkehel..zass

Friday 6 July 2012

White coat part 2

Rupanya ada paparazi sempat snap gambar aku sebelum ceremony..Yang berdua ni macam kembar lain ibu. Ni waktu lecturer tunggu student. Sudah terbalik la, selalu student tunggu lecturer..nasib baik ceremony cepat habis. Sempoi

White Coat ceremony

White coat ceremony Fakulti Farmasi untuk student final year...good luck yalll. Lepas ceremony ada makan2.. tapi tak sempat nak amik gambar sebab lapor gila punya pasal..pergh..nasi ayam beb..terbaik

Thursday 5 July 2012

Hari ni gi seminar presentation dkt ABI. Seminar pasal pokok. satu hapah pun tak faham. Tapi pasal gantikan org dan nama ada dlm poster, aku g jela. Yang datang kebanyakannya otai2 belaka. Tak ghoti den nak bercampur dengan Professor2x semua ni. Jadi, layan view lagi bagus. ABI ni bangunan baru siap. Besau and cantik. Bangunan dlm MARDI tapi pentadbiran bawah MOSTI. Pelik tul.. Ni la rupa bangunan ABI dari luar..nampak canggih dan berangin..gambar kureng sikit pasal guna henpon murah..huhu

Yang ni pulak ruang dalaman..area receptionist. besar macam dkt hotel Tong Fong. Agak2 bape juta la perabih buat semua ni. Siap ada tangga putar-putar. Tapi kebanyakan staf ABI naik lif..emm
Landscape buleh tahan..siap ada air terjun. Sejuk mata memandang.. tengah dok layan air terjun..rasa nak terkucil. sampai tandas rupanya takde air sebab bangunan masih baru..masalah betul. takan nak basuh guna air terjun kot..

Ni pulak sesi pembentangan.. dalam dewan dah penuh, buat luar dewan. Tak bape nak dengar sebab base speaker terlebih kuat.. mcm dalam dewan konsert pulak. Brader belah kanan tu dah lentok layan blues

aa..ni bahan bukti poster aku ada disana. Thanks Dr Ib. Nak harap saya buat poster, tahun depan la jawabnya siap. hehe. Tamatlah sudah plant seminar hari ni..sijil pun dah dapat..masa untuk cabut ke kampus..zass